Friday, 11 January 2013

THIS GUY I AM














ni post PS

i got one message, and the message says "i love u" , i need to forward this message, there's many flagged reception that i want to send to, that'S the dillema.





last post aku kalau tak silap aku janji nak cerita pasal jiwang jiwang kan? hah bak datang , meh aku cerita kan situasi cinta aku sekarang. Aku tak bercinta dengan sesapa pun sekarang ni, gossip bodo tu banyak la, okay. Situasi cinta aku sekarang, aku dalam dillema untuk pilih siapa yang aku perlu keep trying to loved on, aku mengaku aku sebenarnya agak ramai yang aku selalu keep contact . ada lah dalam 3-5 orang cam tu, tapi semua pun just menggedik gedik macam tu lah, no one pun dari dorang yang memang nak betul betul "berkawan" . 

aku rapat dengan semua, aku selalu contact bajet caring ngan dorang, sampai lah aku jatuh cinta dari sudut visuali ke sudut personaliti. masalahnya mereka semua muncul pada satu satu masa, one at the time. tu la yang aku wonder tu, apabenda la yang pelik sangat ni, time aku lonely, semua awek sombong, bila aku ada nak tackle awek, semua tetiba muncul. macam bodo.


tapi based on survey from my friends, on the cerita2 positif aku dengar, ada sorang minah ni dorang memang betul2 suka kalau aku dengan dia, sebab dorang kata aku ni looks cute kalau ngan dia, dorang cakap dorang perasan minah ni baik, caring, naive, and show some respon on me. , well thats sound great. hihihi(gelak gedik babi) . Tapi malangnya, aku pulak yang berperasaan paranoid , sebab aku fikir satu hari nanti mesti dia kecewa bila dia baca blog ni, bila dia tau aku memang kenal ramai perempuan, bila dia tau aku ni cepat bosan. aku paranoid bukan apa, cuma aku taknak la kecewakan orang lagi, sebab aku tau sakit kalau kecewa tu, aku selalu nazak bila kecewa.(ayat macam babi) . 


aku sekarang ni keliru la, tak tahu yang mana satu yang aku perlu bawak ke next stage of relationship. Aku akan berdoa agar ditunjukkan jalan. kalau lepas ni siapa yang couple ngan aku, dia mungkin akan jadi jodoh aku, sebab aku dah umur 20+ dah,orang kata time ni at least kena ada pasangan , sebab needs of belonging kau membuak buak sekarang ni. Hari ni aku akan berusaha untuk promote blog ni, insyaAllah akan ada pembaca dan follower.

Hari ni, aku main skateboard kat skatepark. aku jatuh , seluar jeans quicksilver rabak di bahagian lutut, kulit aku tekikis di simen. cool kan? tapi aku teruskan jugak main skate, sampai lah kami didatangi seorang budak umur 13 tahun, borak pasal skate. bodo je budak tu kitorang buli. silap la bajet bajet ngan kitorang. 

Thursday, 10 January 2013

EH NOK

okay post ni PS .


sekarang pukul 4, tak tidur lagi. lepak dulu. tadi aku cerita aku tidur lepas paper kan? aku bangun dari tidur tu time pukul 7-8 something tadi, potong gila..tidur tak cukup lagi ni..aku tebangun sebab abang aku ajak lepak makan sama tadi, so lepas tu dia ambek aku la makan sama, ngam la jugak ni time2 pokai ni abang aku ajak lepak makan, for sure dia belanja aku. puihhh.. bayar masing2 tadi, menyampah aku, short lagi duit aku. 

lepas makan , aku balik rumah, budak2 cari aku, dorang kata, 'bro, mana menghilang? selalu je kuar..awek mana ni bro?"  ..macam lahanat, dorang syak aku selalu keluar dengan awek, realitinya aku kuar dengan abang aku je kot. babi. aku pun tak paham sejak akhir-akhir ni dorang selalu tuduh aku ni ada awek dah. entah mana mana la dorang dapat idea nak bahan aku. 

ok, jujurnya, aku memang ada kuar dengan awek , awek tu budak kelas aku je kot, itu pun keluar breakfast sama2 . that one and only lah, tapi dia punya cerita gossip pasal aku...tuuuuudiaaa. tak nak famous plak aku pasal cerita tu. pas tu member ambil peluang la nak bahan aku, ni la point dorang. 

nak cakap pasal awek..nanti je la aku story part2 jiwang ni. 

END of #3

Nah , selesai sudah semua exam paper aku, agak beruntung jugak la tadi sebab bole digoreng dengan agak sempurna paper tadi, now kami semua sudah cuti, tapi masih bertenggek dirumah ni entah sampai bila, tak tau bila budak2 ni nak blah, yang pastinya aku blah 14th ni, lepas paper tadi, tiba tiba aku dapat pelawaan lepak dari seorang lagi kawan perempuan aku, cik p. 


lalu lepaklah dengan si cik p ni, time tu aku skali la lepak dengan polan2 ni. borak punya borak dalam kereta tadi, si cik p ni mengadu pasal dia baru je di tinggalkan kekasih kononnya, respon kami sebagai orang lelaki, buat buat tak layan la, aint nobody got time for love story la.

yang coolnya lagi, dari semalam kami semua tak tidur lagi sampai lah waktu post ni ditaip sekarang ni. 4.20pm, ntah bila nak tidur ni, aktiviti2 si polan2 di rumah ni setakat ni, ada yang tidur selepas pekena, ada yang main game ada yang solat..ada yang menaip post. 


topik hangat hari ni selain merdeka dari semua paper exam ialah, rumah sewa. ya rumah sewa, kami perlukan rumah sewa untuk semester berikutnya, before march ni. kalau tak dapat, ntah kat mana kitorang nak merempat ni, rumah sewa disini mahal macam babi, kalau dapat murah pun, semua untuk perempuan. jahanam kapitalis di area ni, diskriminasi kaum, kenapa perlu double standard? saitan.


now, plannya ..tidur, 

Wednesday, 9 January 2013

SAKIT


sakit, coretannya menerbitkan unsur kesakitan yang pendam.

sakit, "its okay" jawapan pintu aku.

sakit, sengat sakitmu sangat pedih.

sakit, madahmu tidak belas kasihan aku sedih.

sakit, penanganmu membuatkan aku lumpuh.

sakit, kau dihujung tersenyum jauh.

sakit, perangkapmu tidak bisa aku lari.

sakit, andai terseksa aku rela mati.

sakit, hadirmu haram tidak terjangka.

sakit, memberi salam? usah ditanya.

sakit, aku lumpuh, kau menari.

sakit, kau berdiri , aku cuba berkelahi.

sakit, pada perihal kata kau menaga.

sakit, dengan seni dendam kau hadir nyata.

sakit, "hanya masa penyembuh" kata pujangga.

sakit, kala masa lalu aku dimamah.

sakit, kerana jiwa lemah aku sakit.

sakit, bila jiwa berbunga aku bangkit.

sakit, pergilah jauh terbang bebas cari teman baru.

sakit, mangsa barumu menunggu tanpa malu.

sakit, kaku tangan diarah niat unutuk menaip.

sakit, aku sakit,

pergi dahulu.    

STUDY

Hari ni takda apa pun planning untuk aktiviti, yang aku tau aku nak tidur, bangun2 terus study notes, aku anggap benda simple je kan? Tak dak masa depan je bunyi nya kan?

Padahal baru je aku ngan member aku 2 org tu,pi makan kan, tapi malangnya beliau takdak di counter, rasa mahal makanan hari ni. Breakfast je kot. Sumpah aku mengantuk babi dah ni. aku tidur dulu la.


*tidur


Aku wasted , bangun pukul 5 lagi, kawan2 ajak lunch, aku malas. bangkit dari tilam, aku dok lepak, main twitter and chating ngan kawan perempuan di whatsapp, kawan perempuan yang used to be my love dulu. dia ni problem la, dia selalu buat aku risau, dia ni dah tak sambung study dah, dia kerja, dia selalu sangat party dulu, party je takpa, ni stok2 party hard punya orang.  Aku risau kat dia sebab dia kan orang pompuan, party hard sangat pun tak cantik jugak, hilang la seri ketimuran seorang gadis melayu tu. lagi pun aku risau sebab ye la, kawan kan? siapa yang tak sayang kawan. 
Seteruk teruk aku ni pun, tak pernah lagi pop and minum, sebab prinsip aku,  bagi aku, chemical drugs might harm our body and arak memang sudah termaktub dalam alquran yang setitik kau minum pun dah 44 hari tak diterima solat. Kalau dah tau fakta ni, kita tak jahil, bila tak jahil kita berdosa kalau langgar jugak hukum dan perintah Allah ni.

                       *siapalah aku hendak menegur.



Depan laptop aku ni ada buku , yang aku kena study untuk paper esok, sebosan bosan blog aku ni, aku rasa bosan lagi buku ni, subjek aku ni subjek research tau, tapi dia buat buku macam novel shekspear , who the hell is going to have fun reading this man??
esok 10 january, sorang kawan aku nak datang ke kl, konon nya aku kena pickup dia kat airport, tapi memandangkan aku ada paper plus aku malas plus aku pokai tak cukup duit nak topup minyak kereta, ada kawan dia yang lain ambil dia kat airport, so senang kerja aku. tapi aku risau, ya la. sini kl , metropolitan syaitan, macam macam boleh berlaku kot, dia tu orang perempuan, datang dari jauh, first time datang sini, nanti kena tipu ke apa ke, tak ke aku gak nanti yang problem. bila aku cakap yang aku risau n paranoid dengan hal dia ni, dia cakap aku ni seolah olah underestimate ability dia, dia tak tahu kat sini lain. senang la cakap kalau kita tak experience benda macam macam di sini ni. well aku cakap kat dia, good luck la, enjoy your trip here. aku tau aku nak study and score paper ni, dan balik rumah. 











balik rumah? mmm..balik rumah ni, aku satu flight ngan dia, tapi dia langsung tak tahu aku akan balik skali, aku nak buat surprise bagi dia tekejut sikit, aku balik rumah ni pun sekejap je. empat hari , cukup la kot ntuk jumpa family, bilik aku dan kucing aku. rindu , tiga bulan dah berjauhan kan. 


aku nak mandi dah, nak keluar beli starbuck, dengan duit yang tinggal rm 35 tu. ya aku memang nak sumbangkan duit aku kat tabung pembelian peluru israeli army. 




Tuesday, 8 January 2013

H.O.L.A

          






sila pasang lagu high n dry by radiohead dulu, or click link ni kalau takdak lagu ni https://www.youtube.com/watch?v=VOVt2iAlvkM




ok dah aku nak merapu ni, sila duduk diam dan baca ,antara tabs di windows google chrome aku sekarang ni ialah, facebook, twitter dan blogger.com ni lah, rakan rakan disebelah aku sebok main game pes dorang, happy je semua, sorang ni plak tengah dok melayan 9gag berbackground music sheila on 7, dia obses ngan sheilaon7 lepas dapat drum stick dari drummer so7 hari tu, di stadium. background music time aku menaip benda merapu ni lagu radiohead lah, high n dry. 

High n dry, mungkin ada sebab kenapa aku namakan blog ni high n dry, mungkin sebab aku suka high n dry . mmmm.. ya la tu, aku suka lagu high n dry ni. time aku sampai part ni, tetiba housemate aku dari main pes, habis game, on lampu ruang tamu ni plak, potong la..cantik dah mood aku taip ni dalam gelap tadi.




 aku dah tak tau apa nak merapu ni, tapi aku masih lagi menaip dengan berirama radiohead lagi. member aku sorang ada cerita pasal conspiracy theory about radiohead ni, kononnnya dorang ni sebenarnya ahli secret society triangle bodo tu. aku dok menaip lagi, sambil befikir pasal esok aku nak buat apa, aku tak tau nak buat apa, yang pastinya aku kena study sebab esoknya lagi aku ada final paper.Ya, final paper untuk semester ni. 

A'ah , agak rude kan aku tak kenalkan diri aku? pergi mampus. Nanti pada post2 akan datang aku akan merapu pasal nama aku pulak. aku buat blog ni hari ni sebab aku terasa nak merapu pulak.niat aku nak jadikan ni koleksi catatan rapuan aku.aku tak mintak pun untuk ramai pembaca layan benda merepek ni, tapi kalau korang suka, korang layan je la apa yang aku merepek ni. thanks. Nak pi melayan jap.